Pendaftaran Program Tajaan Huffaz MTMF Dibuka Sekarang
MTMF, singkatan bagi Maahad Tahfiz Miftahul Falah, melambangkan tempat menuntut ilmu yang menitikberatkan pendidikan Islam, khususnya Al-Quran. "Miftahul Falah" bermaksud kunci kejayaan, mencerminkan pentingnya Al-Quran dan ilmu yang terkandung di dalamnya sebagai kunci untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Ditubuhkan oleh Lembaga Pengelola Wakaf MTMF pada 2 Jun 2022, Maahad Tahfiz ini dibina di atas tanah wakaf seluas satu ekar di Bukit Sentian, Tangkak, Johor Darul Ta’zim untuk membantu masyarakat dalam mendalami dan mengembangkan ilmu agama, khususnya melahirkan para huffaz yang mahir dalam ilmu akhirat dan duniawi.
MTMF sentiasa mengutamakan infrastruktur pembelajaran yang kondusif dan selesa, serta dikendalikan secara professional oleh tenaga pengajar yang sudah berpengalaman dalam bidang Tahfiz.
Menjadikan MTMF tempat yang menghasilkan para huffaz yang berkualiti dan melahirkan generasi masa hadapan ke arah memperkembangkan potensi diri selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah yang mampu bersaing dalam arus perkembangan negara.
MTMF menjunjung tinggi pendekatan tarbiyah bersepadu yang menggabungkan pengajian hafazan Al-Quran dengan ilmu-ilmu Islam yang lain berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah;
Peluang untuk menumpang keberkatan pelajar tahfiz dengan membantu mereka menyambung pengajian hingga menjadi seorang Al-Hafiz yang berjaya
“Di MTMF, kami komited untuk menghasilkan para Huffaz yang berkualiti dan melahirkan generasi masa hadapan kearah memperkembangkan potensi diri selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah, serta mampu bersaing dalam arus perkembangan negara.”
Timb Pengerusi | Mudir (Pengetua)
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
(Al Tirmizi)
Setiap sen dari sumbangan anda akan dibelanjakan ke arah menyokong perkembangan para pelajar MTMF supaya menjadi dai’e yang berjaya sambil dapat menjana pahala yang berterusan untuk anda, InshaAllah





Selain peralatan sukan & rekreasi, kami juga akan anjurkan program kerohanian serta perkembangan intelek dansahsiah

Jadilah pelabur akhirat yang bijak dan raih ganjaran pahala berpanjangan dengan menyumbang
kepada perkembangan pendidikan Al-Quran berkualiti di MTMF
WhatsApp Kami