Di Maahad Tahfiz Miftahul Falah, kami sangat komited dalam melahirkan graduan yang holistik & cemerlang, bukan sahaja dalam menghafaz al-Quran, tetapi juga dalam menghayati & mengamalkan prinsip-prinsip Islam. Ini akan dicapai melalui sistem pembelajaran yang teliti & menyeluruh sebagai usaha untuk memberi penekanan kepada kefahaman agama & pembangunan sahsiah pelajar.
Sistem pembelajaran kami dibina atas dua tonggak asas:-
Hafazan Al-Quran
Kami menggunakan Kaedah Deobandi, yang terkenal dengan keberkesanannya dalam mencapai hafalan Al-Quran yang tepat dan efisien.
Program kami direka bentuk untuk pelajar menghafal keseluruhan al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
Selepas khatam, pelajar akan meluangkan masa selama 1 tahun lagi untuk memantapkan lagi hafalan mereka sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaan Syahadah Hafiz Al-Quran.
Kurikulum pengajian tahfiz di MTMF dibahagi kepada 4 peringkat:-
1. Nazirah
Membetulkan bacaan, sebutan huruf, dan tajwid secara bertalaqqi dengan guru sehingga khatam dalam masa kurang dari 6 bulan.
2. Hafazan
Menghafaz 30 juzuk Al Quran dengan menggunakan sistem deobandi.
3. Daur
Ulangan hafazan untuk ke tahap syahadah
4. Syahadah
Mengkhatamkan hafazan 30 Juzuk dalam masa kurang dari 3 hari.
Pengajian Diniyyah
Pengajian Diniyyah membentuk kurikulum teras di Maahad Tahfiz Miftahul Falah.
Program ini melengkapkan pelajar dengan pemahaman Islam yang menyeluruh sebagai pelengkap kepada hafalan al-Quran mereka.
Dengan mengintegrasikan Pengajian Diniyyah, kami memastikan graduan kami bukan sekadar Hafiz semata-mata, tetapi juga sebagai ahli agamawan yang mahir & soleh.
Program Pengajian Diniyyah kami merangkumi mata pelajaran utama berikut:-

a. Tajwid
Pembelajaran tentang pengucapan yang betul dan pelaksanaan hukum-hukum bacaan Al-Quran, memastikan bahawa pelajar memahami dan membaca Al-Quran dengan baik.

b. Adab
Penekanan diberikan kepada akhlak dan tingkah laku yang mulia dalam kehidupan seharian, mengajar pelajar untuk menjadi individu yang bermoral tinggi dan beretika dalam masyarakat.

c. Hadith
Pelajar diajar untuk mempelajari, memahami, dan mengamalkan hadis Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup yang mencerahkan dan menginspirasi.

d. Fiqh
Pembelajaran tentang hukum-hukum Islam dan praktik-praktik agama yang berkaitan dengan ibadah, muamalah, dan tatacara kehidupan seharian.

e. Jawi
Pembelajaran dan penggunaan tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada warisan budaya dan ilmu pengetahuan Islam, memupuk kecintaan dan pemahaman terhadap warisan kebudayaan Melayu-Islam.

Peperiksaan & Ujian
Untuk tahfiz Al-Quran, MTMF akan mengadakan beberapa ujian secara lisan:
1. Ujian Amokhtah Khatam
Untuk menguji kelancaran dan kemantapan setiap juzuk yang telah dihafaz
2. Ujian Kenaikan Tahap
Untuk menguji tahap kelancaran dan kemantapan setiap 5 juzuk hafazan
3. Ujian Syahadah
Untuk menguji kelancaraan dan kemantapan keseluruhan hafazan 30 juzuk
Penerimaan Sijil Pengkiktirafan
Sijil akan diberi kepada pelajar yang telah mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dan lulus ujian Syahadah Hafiz.
Infaq Bersama MTMF
Jadilah pelabur akhirat yang bijak dan raih ganjaran pahala berpanjangan dengan menyumbang kepada perkembangan pendidikan Al-Quran berkualiti di MTMF