MTMF, singkatan bagi Maahad Tahfiz Miftahul Falah, melambangkan tempat menuntut ilmu yang menitikberatkan pendidikan Islam, khususnya Al-Quran. "Miftahul Falah" bermaksud kunci kejayaan, mencerminkan pentingnya Al-Quran dan ilmu yang terkandung di dalamnya sebagai kunci untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Ditubuhkan oleh Lembaga Pengelola Wakaf MTMF pada 2 Jun 2022, Maahad Tahfiz ini dibina di atas tanah wakaf seluas satu ekar di Bukit Sentian, Tangkak, Johor Darul Ta’zim untuk membantu masyarakat dalam mendalami dan mengembangkan ilmu agama, khususnya melahirkan para huffaz yang mahir dalam ilmu akhirat dan duniawi.
MTMF sentiasa mengutamakan infrastruktur pembelajaran yang kondusif dan selesa, serta dikendalikan secara professional oleh tenaga pengajar yang sudah berpengalaman dalam bidang Tahfiz.




Bagi memastikan para pelajar dapat mempelajari & menghafal Al Quran dengan teknik pembelajaran yang sistematik dan efektif, serta suasana pembelajaraan yang kondusif, kami menubuhkan Maahad Tahfiz Miftahul Falah untuk memberi peluang kepada mereka yang mahukan satu alternatif lain untuk mencorak pendidikan anak-anak mereka.
Selain memberi peluang kepada anak-anak kampung sekitar Maahad untuk mempelajari & menghafaz Al Quran, penubuhan Maahad ini adalah salah satu usaha yang berterusan dalam melahirkan insan yang soleh, bertaqwa, harmoni dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, & jasmani bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia & berilmu pengetahuan untuk berbakti kepada agama, masyarakat, & negara.
Objektif

Melahirkan para du’at dari kalangan huffaz Al-Quran yang berdaya saing mengikut kehendak semasa serta dapat menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara

Menyediakan pendidikan menurut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jammah ‘Asyairah dan Maturidiah

Menjadi pusat tarbiah dan menuntut ilmu yang tidak terbatas hanya kepada pelajar tetapi merangkumi warga maahad dan masyarakat setempat

Misi
Menjadikan MTMF tempat yang menghasilkan para huffaz yang berkualiti dan melahirkan generasi masa hadapan ke arah memperkembangkan potensi diri selaras dengan kehendak Al Quran dan Sunnah yang mampu bersaing dalam arus perkembangan negara.
Visi

Menjadi pusat pengajian untuk melahirkan generasi hamilul quran yang berjiwa da’ie, mempunyai pemahaman yang mantap terhadap Al Quran dan mempunyai pendidikan agama yang luas

Membentuk keperibadian individu yang musleh, selaras dengan kehendak masyarakat Islam dan negara
Infaq Bersama MTMF
Jadilah pelabur akhirat yang bijak dan raih ganjaran pahala berpanjangan dengan menyumbang kepada perkembangan pendidikan Al-Quran berkualiti di MTMF